Burung unta
Burung unta

Burung unta

Burung Unta merupakan burung terbesar yang masih hidup. Dengan ketinggian sehingga 2.5 meter (8 kaki), ia cukup besar untuk seseorang dewasa berbadan kecil menunggang mereka dan telah digunakan disesebahagian Afrika Utara dan Arab sebagai tunggangan lumba. Burung ini tidak boleh terbang dan termasuk dalam kumpulan primitif yang kurang dikenali, iaitu ratit (Palaeognaths). Nama sainsnya Struthio camelus.Burung Unta berasal dari savana dan separa-gurun Afrika di utara dan selatan zon hutan khatulistiwa. Spesies yang terdapat di Timur Tengah, yakni S. c. syriacus, telah pun pupus.Burung Unta dipelihara sebagai sumber daging di kawasan sejuk seperti Sweden. Rasan dagingnya seperti daging tak berlemak.Menurut kepercayaan rakyat, burung Unta terkenal kerana menyembunyikan kepala mereka di dalam tanah apabila sahaja berhadapan dengan bahaya. Tabiat ini tidak pernah direkod atau dilihat, walaupun burung Unta diketahui merendahkan kepala dan leher mereka ke tanah untuk melindungkan diri apabila pemangsa ada berhampiran. Apabila diancam, burung Unta mampu menyebabkan kecederaan yang serius dengan tendangan dari kaki mereka yang kuat itu.Ahli lain kumpulan Palaeognaths termasuk burung Rea, burung Emu, burung Kasuari serta burung terbesar diketahui tetapi sekarang terpupus, burung Aepyornis.

Rujukan

WikiPedia: Burung unta http://www.nature.ca/notebooks/english/Ostrich.htm http://www.Ostrich.ca/cooking/index.htm http://phoenix.about.com/od/arizonapicturesandphot... http://www.capetowntocairo.com/travelogue/riding-a... http://blogs.citypages.com/sports/2008/07/extreme_... http://www.courierpress.com/news/2009/jul/18/king-... http://www.desmoinesregister.com/article/20090726/... http://www.equi-analytical.com/InterpretingResults... http://books.google.com/books?id=2pjkMUEhScAC&pg=P... http://books.google.com/books?id=Gk4-AAAAIAAJ&dq=